Friday, January 28, 2011

MYISI.NET(TUDUHAN TANPA PEMBELAAN)

ASSALAMUALAIKUM.......TUAN NIZA YG DIHORMATI. Terima kasih saya ucapkan krn telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi ahli myisi.net tapi malangnya impian indah bertukar gelap lantaran memberi hukuman tanpa menyiasat dan memberi ruang membela diri. Sesungguhnya segala tuduhan yang dilemparkan oleh tuan kepada saya sebenarnya tidak dilakukan oleh saya sebab apa saja yg saya buat akan dimaklumkan kepada pihak tuan. Segala sumbangan dan pengorbanan saya tidak dihargai langsung oleh tuan. Sebagai seorg yg byk pengalaman sepatutnya tidak timbul masalah ini. Setelah berbincang dengan abang man, saya masih lagi mendiamkan diri. Saya juga telah mendengar semua tuduhan yang dibuat oleh Tuan Soro kepada saya dan mungkin tuan mengiyakan saja. Oleh kerana tuan tidak memberi hak membela diri maka saya dengan berat hati meminta tuan mengembalikan dengan segera semua wang yang tuan pinjamkan daripada saya sebelum saya membuat tindakan yang tidak sepatutnya. Saya dan abang Man mempunyai segala bukti yang cukup untuk membuat report polis dan mengheret kes sampai ke mahkamah. Saya bukan cakap main2 sebab apa yang saya tau tuduhan yang mengatakan saya adalah punca myisi.net punah dan membuat itu dan ini. Saya hormati tuan tapi tidak soro. Tuan kena ingat sapa yang memperkenalkan orang kelantan kepada tuan. Siapa yang bersusah payah mempertahankan myisi.net di johor ketika tuan marah pasal Aiman. Tapi sekarang segala usaha kami dipandang sepi oleh tuan kerana terlalu mempercayai Tuan Soro. Sekali lagi saya ingatkan kepada Tuan Niza untuk selesaikan pinjaman sebelum 1 feb 2011 kalu tidak saya akan membuat laporan polis dan membawa semua ahli myisi.net di bawah saya membuat perkara yang sama sebab Tuan telah membuat penghinaan yang sangat menyakitkan hati. Tuan sendiri tau apa yang saya dan abang man boleh buat untuk myisi.net. Kalu TUAN ada apa2 kemusykilan boleh call abang man krn saya tetap menghormati abang man. Jangan jadi umpama melepaskan anjing tersepit dan kacang lupakan kulit. Ingat janji2 tuan kepada saya sehingga saya sanggup bercuti tanpa gaji krn myisi.net. Akhir kata sampaikan salam kepada TUAN SORO......yang benar tetap benar.